1. Pengenalan
Dengan mendaftar akaun di Binaweb, anda bersetuju untuk mematuhi sepenuhnya terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak kami.
2. Maklumat Pengguna
Anda bertanggungjawab untuk memastikan maklumat pendaftaran, termasuk nama, e-mel, dan nombor telefon adalah sah dan tepat. Anda juga bertanggungjawab menjaga keselamatan katalaluan anda.
3. Penggunaan URL (Username)
URL yang didaftarkan (contoh: binaweb.paj.com.my/username) adalah hak milik sistem. Pihak pentadbir berhak menarik balik atau menukar URL jika didapati melanggar polisi keselamatan atau terdapat unsur penipuan.
4. Polisi Privasi
Maklumat peribadi anda akan disimpan secara selamat dan tidak akan didedahkan kepada pihak ketiga tanpa kebenaran anda, tertakluk kepada undang-undang.